Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Sentuhan Kasih Satukan Bangsa Sempena Perayaan Deepavali

By 6 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurezzaty Razimi

PORT DICKSON, 6 Okt (MalaysiaAktif) – Program Sentuhan Kasih yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung India, Bukit Pelandok semalam disambut meriah bagi meraikan masyarakat India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuah bersempena sambutan Perayaan Deepavali yang bakal tiba tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri, Yew Boon Lye menyantuni warga emas dan penerima sumbangan bakul makanan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuah, Yew Boon Lye berkata, penganjuran program itu turut menjadi platform menyalurkan sumbangan di bawah inisiatif Aspirasi Warga Emas Negeri Sembilan yang diperkenalkan selepas Pilihan Raya Negeri 2023 oleh Kerajaan Perpaduan.

“Saya berterima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan (Datuk Seri Aminuddin Harun) atas pemberian Aspirasi Warga Emas kepada seluruh warga emas di negeri ini, khususnya di DUN Chuah,” katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan.

Beliau berkata bagi menghargai sumbangan warga emas di seluruh negeri, kerajaan bersetuju menyalurkan sumbangan tunai RM200 kepada warga emas berusia 70 tahun ke atas menerusi program berkenaan.

Rauby Tharman, penerima Aspirasi Warga Emas dan Sumbangan Bakul Makanan

Selain sumbangan tunai warga emas, program Sentuhan Kasih Menyatukan Bangsa itu turut menyampaikan bantuan bakul makanan dan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Salah seorang penerima, Rauby Tharman, 70, menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri dan ADUN Chuah atas keprihatinan mereka terhadap golongan warga emas.

“Saya bersyukur dan terharu atas sumbangan ini serta usaha yang turut membantu kami di DUN Chuah,” katanya.

-AA

Tinggalkan komen anda