Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Sukan Menyatukan Kita Semua – Syerleena

By 13 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mat Akhir/ Hanafi Sariman(Timur Laut )

BUKIT BENDERA, 13 Okt (MalaysiaAktif) – Sukan terbukti menjadi wadah penyatuan rakyat tanpa mengira bangsa, usia atau latar belakang, sekali gus mencerminkan semangat Malaysia MADANI yang menekankan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.

Syeleena Rashid (dua dari kiri) hadir merasmikan HSN 2025 Peringkat Daerah Timur Laut.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid berkata semangat kesukanan yang dizahirkan melalui penyertaan pelbagai lapisan masyarakat dalam Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2025 Peringkat Daerah Timur Laut jelas menunjukkan kekuatan sukan sebagai penghubung komuniti.

“Sukan menyatukan kita tanpa mengira bangsa, usia atau latar belakang. Ia mencerminkan semangat Malaysia MADANI. Rakyat sihat, masyarakat harmoni,” katanya ketika merasmikan sambutan berkenaan di Padang Federal Reserve Unit (FRU), Jalan Padang Tembak, di sini semalam.

Beliau turut menzahirkan rasa bangga melihat kepelbagaian masyarakat yang hadir dengan semangat kebersamaan.

“Kita dapat melihat kepelbagaian masyarakat yang bersatu dalam suasana harmoni. Inilah nilai sebenar sukan yang menghubungkan kita sebagai satu komuniti,” ujarnya sebelum menyempurnakan gimik perasmian serta pelepasan Tanjung Fun Run 5KM dan Fun Walk Ria MADANI.

Antara tarik tali turut dipertandingkan.

Lebih 1,000 peserta hadir memeriahkan program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Timur Laut dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut, FRU3 Air Itam serta beberapa rakan strategik, yang turut menampilkan pelbagai aktiviti seperti Kejohanan Petanque, Bola Jaring, Aerobathon dan pertandingan sukaneka.

-RI

Tinggalkan komen anda