Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Jabil Cares Bawa Senyuman Buat Kanak-Kanak Istimewa

By 13 Oktober 2025Oktober 14th, 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: S. Shanmuganathan (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MINYAK, 13 Okt (MalaysiaAktif) – Senyuman terukir di wajah 50 kanak-kanak istimewa dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Bukit Minyak apabila mereka diraikan dalam Program Deepavali Outreach anjuran Jabil Cares, di sini hari ini.

Choo Chin Nam menghargai usaha Jabil Care yang cakna dengan anak-anak istimewa.

Wakil Jabil Immy Nur Arman Ibrahim berkata program tersebut menjadi sebahagian daripada komitmen berterusan Jabil Cares untuk membawa kegembiraan dan penghargaan kepada golongan istimewa, terutama ketika musim perayaan.

“Inisiatif ini bukan sahaja memberi keceriaan kepada anak-anak istimewa, tetapi juga mengingatkan kami di Jabil tentang nilai kemanusiaan dan kasih sayang yang menyatukan kita semua,” katanya.

Anak-anak PPDK Bukit Minyak gembira menerima hamper daripada wakil Jabil Care.

Aktiviti lain turut dijalankan seperti pertandingan mewarna dan persembahan nyanyian yang menceriakan suasana, selain penyampaian hamper Deepavali kepada setiap peserta.

Pengerusi PPDK Bukit Minyak Choo Chin Nam, merakamkan penghargaan kepada pihak Jabil atas keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap anak-anak istimewa di pusat tersebut.

“Sumbangan ini sangat bermakna buat anak-anak di sini dan membawa cahaya kegembiraan kepada keluarga kecil kami di PPDK,” ujarnya.

-RI

Tinggalkan komen anda