Skip to main content
Berita TimurBerita TempatanPahang

Sultan Pahang Berangkat Rasmi Majlis Rekreasi Pahang

By 13 Oktober 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Juhaisa Azrin (Lipis)

LIPIS, 13 Okt (MalaysiaAktif) – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Pelancaran Majlis Rekreasi Pahang 2025, di sini semalam.

Antara aktiviti yang disertai pengunjung di lokasi program.

Dalam titah ucapan, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa gembira dengan semangat rakyat yang terus mendukung aktiviti rekreasi dan Baginda memberi amanah kepada golongan muda untuk menjaga khazanah yang ada.

“Kita mempunyai khazanah seperti hutan, sungai, gunung dan bukit yang harus dipelihara. Selain itu seni budaya, bangunan-bangunan lama dan makanan tempatan juga merupakan khazanah untuk dipertahankan hingga ke anak cucu dan menjadi lambang kemegahan negeri Pahang,” titah Baginda.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang Fadzli Mohamad Kamal turut menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.

Majlis bersejarah itu menjadi simbol kasih dan keprihatinan Baginda terhadap kesejahteraan rakyat jelata, sekali gus mengukuhkan hubungan erat antara institusi diraja dan rakyat.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

-RI

Tinggalkan komen anda