Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Bunga Koo-Pi Tarikan Santai Golongan Muda di Sik

By 11 November 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar (Kedah)

SIK, 11 Nov (MalaysiaAktif) – Kafe Bunga Koo-Pi yang terletak di Batu 8, Jalan Charuk Sejuk, di sini semakin menjadi tumpuan ramai terutama golongan muda yang mencari lokasi santai dengan suasana estetik dan tenang.

Pelbagai pilihan menu disediakan.

Menurut pekerja kafe, Norhanizah Mohd Yunos, Bunga Koo-Pi bukan sekadar tempat menjamu selera tetapi juga lokasi pilihan untuk bergambar dan bersantai bersama keluarga serta rakan-rakan.

“Kami menekankan konsep Pinky Lovers di mana pengunjung bukan sahaja dapat menikmati kopi padu dan hidangan lazat malah dapat merakam momen indah dalam suasana yang ceria dan instagrammable,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif, semalam.

Terdapat ruang untuk bergambar di dalam kafe.

Kafe yang beroperasi setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam (tutup setiap Selasa) itu menawarkan pelbagai menu minuman dan makanan yang menepati selera pelanggan.

Dengan dekorasi lembut bertemakan warna merah jambu serta sudut bergambar yang menarik, Bunga Koo-Pi kini menjadi antara lokasi wajib singgah bagi pencinta kopi dan pembikin kandungan media sosial di daerah ini.

-RI

Tinggalkan komen anda