Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Komuniti Diseru Lebih Prihatin Bahaya Dadah

By 3 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

HULU KELANG, 3 Nov (MalaysiaAktif) – Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Cawangan Kecil Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datin Nazirah Abd Hamid menyeru masyarakat agar lebih peka terhadap isu penyalahgunaan dadah dalam keluarga dan komuniti.

Nazirah Abd Hamid ketika menyampaikan ucapan.

Katanya dadah masa kini jauh lebih canggih dan berbahaya berbanding dahulu, justeru setiap ahli keluarga perlu mengambil tahu perubahan yang berlaku di sekeliling mereka.

“Ada ibu bapa ingat anak makan ubat sebab sakit jantung, rupa-rupanya dadah.

“Terdapat kes seorang wanita berusia 45 tahun serta mempunyai empat anak, ditangkap bersama suami kerana ambil dadah untuk tujuan seksual,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Bersama Komuniti ‘Komuniti Peduli, Masyarakat Harmoni’ di Kampung Kemensah, di sini semalam.

Turut hadir Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang, Juwairiya Zulkifli dan Pengarah AADK Selangor Nazir Mohamad.

Wakil Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) sedang berkongsi cara pencegahan jenayah.

Menurut beliau isu penyalahgunaan dadah kini turut melibatkan kanak-kanak seawal usia 10 tahun yang berani menjual pil di sekolah tanpa pengetahuan keluarga dan guru.

“Semuanya sebab kita tak ambil tahu. Kalau kita kenal jenis dan kesan dadah, kita boleh elak lebih ramai jadi mangsa,” katanya.

Nazirah menegaskan masyarakat tidak perlu mengambil tindakan sendiri, sebaliknya segera menghubungi AADK atau Skuad Antidadah jika mengesyaki ada ahli keluarga terlibat.

“Jangan takut untuk lapor, AADK akan bantu. Ini bukan soal malu, tapi soal masa depan keluarga,” ujarnya.

-RI

Tinggalkan komen anda