Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Kuala Pilah Perkukuh Kesiapsiagaan Hadapi Musim Hujan

By 21 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman (IPN)

KUALA PILAH, 21 Nov (MalaysiaAktif) – Persediaan menghadapi musim hujan yang biasanya bermula menjelang November penting bagi mengurangkan risiko kejadian seperti tanah runtuh dan banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim, menegaskan kepentingan kesiapsiagaan serta pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang cekap dan teratur.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim, menegaskan kepentingan kesiapsiagaan serta pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang cekap dan teratur.

 

“Pengurusan PPS yang berkesan dan berpandukan prosedur jelas adalah kunci kepada keselamatan serta kebajikan mangsa bencana,” katanya pada Majlis Taklimat dan Pelancaran Pengurusan PPS Tahun 2025 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kuala Pilah di Dewan Dato’ Bahaman, semalam.

Noorzunita turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat dalam memastikan tahap kesiapsiagaan daerah berada pada tahap optimum.

Tetamu kehormat yang hadir.

“Sebagai ADUN Pilah, saya amat menghargai komitmen semua pihak dalam memperkukuh kesiapsiagaan bencana dan memastikan rakyat menerima perlindungan terbaik apabila diperlukan. Kerjasama rentas agensi seperti ini menjadi asas penting dalam membina sebuah daerah yang lebih selamat dan berdaya tahan.

 

“Program ini amat signifikan untuk memastikan seluruh jentera kerajaan di peringkat daerah benar-benar siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan, khususnya menjelang musim hujan,” katanya.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan, Mohd Yusry Che Dah; Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Pilah, Lt. (PA) Azlina Ahmad Fauzi; serta Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah, ASP Muraly Mani.

-RI

Tinggalkan komen anda