Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Latihan Ex-Rimbun Uji Kesiapsiagaan Petronas Gas Berhad, Agensi Kerajaan

By 16 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Shazreena Harith/Siti Hajar Kamis

SEREMBAN, 16 Nov (Malaysiaaktif) – Latihan simulasi bencana Ex-Rimbun 2025 di Rimbun Vista, Seremban 2 oleh Petronas Gas Berhad (PGB) telah menguji keberkesanan serta keupayaan pasukan tersebut dalam menghadapi situasi tidak diingini di jajaran paip gas milik syarikat itu.

Simulasi sidang media oleh agensi-agensi keselamatan.

Antara tujuan lain latih amal yang diadakan, semalam itu adalah bagi menilai tahap kesiapsiagaan dan keupayaan agensi-agensi kerajaan dalam melaksanakan arahan, menyelaras operasi serta bertindak balas secara pantas sekiranya berlaku insiden sebenar.

Menurut Jurutera PGB Mohd Khairuddin Hamzah, latihan yang julung kali diadakan di Seremban itu dirancang dengan teliti bagi memastikan semua pihak yang terlibat memahami peranan masing-masing.

Antara Penduduk yang terlibat dalam Latih Amal Ex-Rimbun.

“Latihan yang turut melibatkan pelbagai aset kerajaan ini dijalankan secara realistik bagi memastikan semua pihak dapat merasai situasi seolah-olah ia berlaku dalam keadaan sebenar,” katanya.

Latihan berkenaan mendapat kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah dan Tanah Seremban, Jabatan Penerangan serta penduduk di Taman Rimbun Vista dan Taman Bukit Kepayang.

-RI

Tinggalkan komen anda