Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Penutupan, Lencongan Jalan Sementara Sempena LHKSNS 2025

By 12 November 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin (Kuala Kangsar)

KUALA KANGSAR, 12 Nov (MalaysiaAktif) – Beberapa jalan di sekitar daerah ini akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bagi memberi laluan kepada program Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah (LHKSNS) 2025 yang akan berlangsung di Dataran Pavillion, Ahad ini.

Program larian ini antara yang dinantikan sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Heisham Harun dalam satu kenyataan berkata penutupan jalan itu bermula jam 10 malam pada Sabtu sehingga 12 tengah hari keesokan harinya setelah program selesai.

“Sehubungan itu, pengguna jalan raya khususnya warga Kuala Kangsar dinasihatkan agar merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif untuk mengelakkan daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas semasa penutupan dan lencongan jalan dilaksanakan,” katanya, di sini semalam.

LHKSNS merupakan acara tahunan yang disambut sempena meraikan Hari Keputeraan Baginda dengan tahun ini sebanyak tiga kategori larian diacarakan iaitu tujuh kilometer (km), 10km dan 15km.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penutupan dan lencongan jalan ini dengan melayari laman Facebook Polis IPD Kuala Kangsar.

-RI

Tinggalkan komen anda