Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Perpustakaan Ruang Komuniti Satukan Kepelbagaian

By 13 November 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson)/Perpustakaan Awam Negeri Sembilan

PORT DICKSON, 13 Nov (MalaysiaAktif) – Perpustakaan bukan hanya sekadar bangunan yang menyimpan buku tetapi sebuah ruang komuniti yang menyatukan pelbagai kaum, budaya dan generasi.

Antara yang hadir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung Dr. Rajasekaran Gunnasekaran berkata Program Memadanikan Perpustakaan Melestarikan Perpaduan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) memainkan peranan besar dalam usaha membentuk masyarakat berilmu pengetahuan.

“PPANS yang dilihat bergiat aktif dalam melaksanakan aktiviti galakan membaca di seluruh Negeri Sembilan mampu membugar amalan mulia ini yang bukan sahaja tuntutan agama tetapi sejajar dengan hasrat negara dalam melahirkan generasi MADANI,” katanya ketika merasmikan program berkenaan, di sini semalam.

Dr. Rajasekaran bersama tetamu yang hadir.

Beliau berkata nilai kesejahteraan dalam teras Malaysia MADANI berkait rapat dengan peranan perpustakaan dalam membudayakan ilmu melalui penyediaan pelbagai bahan dan pusat maklumat yang membantu membentuk masyarakat berkemahiran memilih bacaan bermanfaat.

Banyak aktiviti menarik dijalankan sepanjang program berkenaan berlangsung melibatkan pelbagai lapisan umur seperti pameran jabatan kerajaan, jualan buku, pertandingan gubahan dan Jejak Informania.

-RI

Tinggalkan komen anda