Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Sekali Tersilap, Masa Depan Musnah!

By 13 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan /foto: Dayang Siti Nurzuhairah Abang Ahmad Zaini (Bachok)

BACHOK, 13 Nov (MalaysiaAktif) – Sekali tersilap, masa depan musnah!

“Semua jenis jenayah jika disabitkan bersalah akan meninggalkan rekod kekal dalam sistem Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan akibatnya akan berdepan kesukaran pada masa hadapan,” kata Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin.

Sesi suai kenal bersama pelajar yang menyertai program bagi memahami latar belakang sosial dan sosioekonomi mereka.

Beliau berkata demikian pada Program Pencegahan Jenayah dan Wabak Sosial Remaja Masa Kini di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kandis, di sini semalam.

Mohamad Ismail turut mengingatkan pelajar supaya berhati-hati semasa menggunakan media sosial dan aplikasi komunikasi kerana pembuli siber boleh dikenakan tindakan tegas.

“Isu buli di sekolah bukan sahaja berbentuk fizikal tetapi juga boleh berlaku secara emosi dan psikologi seperti mengejek, mengasingkan rakan atau menyebarkan khabar angin secara bersemuka.

“Setiap tindakan walaupun dianggap main-main boleh meninggalkan kesan jangka panjang kepada mangsa,” katanya.

Suasana sekitar Program Pencegahan Jenayah dan Wabak Sosial Remaja Masa Kini.

Beliau berkata setakat Oktober lepas, Bachok merekodkan 34 kes jenayah melibatkan pelajar sekolah dengan kadar tertinggi membabitkan kes rogol dan buli.

“Saya berharap agar sesi pembelajaran khas ini bukan sekadar memberi peringatan tetapi membuka ruang untuk pelajar memahami akibat daripada setiap tindakan yang dibuat.

“Ini juga mampu membentuk generasi muda yang bijak membuat pilihan, menjaga keselamatan di sekolah dan dunia digital, demi masa depan yang lebih selamat dan terjamin,” katanya.

Seramai 39 pelajar yang hadir turut menyertai sesi suai kenal bagi merapatkan hubungan serta memahami latar belakang sosial dan sosioekonomi mereka terutamanya pelajar tingkatan satu yang masih mudah dibimbing.

-RI

Tinggalkan komen anda