Skip to main content
Berita TempatanLabuan

Program ‘Galak Guna’ Perpustakaan Awam Labuan Terus Tarik Minat Masyarakat

By 24 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Harold Heizry Othman (Labuan)

LABUAN, 24 Nov (MalaysiaAktif) – Program Galak Guna Perpustakaan Awam Labuan mendapat sambutan menggalakkan masyarakat setempat yang hadir memeriahkan pelbagai aktiviti yang disediakan.

Haslizah (empat dari kanan) bersama para pemenang pertandingan-pertandingan yang dijalankan.

Ketua Unit Perpustakaan Awam Perbadanan Labuan Haslizah Hassan, berkata Program itu bertujuan mendekati masyarakat Labuan dari pelbagai peringkat seterusnya mampu memupuk budaya membaca melalui penggunaan kemudahan perpustakaan Perpustakaan Awam Labuan.

“Program ini menampilkan aktiviti-aktiviti interaktif seperti pertandingan mewarna untuk warga emas dan warga Perbadanan Labuan, pertandingan menyusun Puzzle untuk ibu dan anak, kuiz pengetahuan am dan beberapa acara sampingan lain.

“Kami mahu perpustakaan menjadi pusat komuniti yang hidup, bukan sekadar tempat menyimpan buku tetapi ruang untuk belajar, berinteraksi dan membentuk masyarakat berilmu,” katanya semasa ditemui pada program itu, di sini semalam.

Pertandingan mewarna untuk warga emas turut menyerlahkan bakat golongan itu.

Tambahnya, program itu dijangka diteruskan dari semasa ke semasa menerusi kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan komuniti setempat sebagai usaha berterusan menjadikan Perpustakaan Awam Labuan pusat ilmu utama di wilayah ini.

“Program ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang dengan pengisian yang lebih kreatif dan inklusif agar mampu menjadi platform tetap untuk menyemarakkan budaya ilmu serta memperkukuh hubungan antara perpustakaan serta masyarakat Labuan,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda