
Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)
PEKAN, 21 Nov (MalaysiaAktif) – Program Sentuhan Rakyat Makmur adalah bukti komitmen kerajaan negeri Pahang turun padang menyelami denyut nadi rakyat.

Salah seorang penduduk kampung dari masyarakat Orang Asli bertanyakan soalan dalam Sesi Dialog bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Sri Nazri Abu Bakar berkata program tersebut bukan sahaja menjadi platform penyampaian maklumat, tetapi juga sebagai ruang untuk memperkukuh jalinan antara kerajaan dan masyarakat.
“Kerajaan negeri mahu memastikan setiap dasar, bantuan dan peluang pembangunan sampai terus kepada rakyat tanpa jurang. Sentuhan Rakyat Makmur ini adalah manifestasi komitmen tersebut,” katanya ketika ditemui selepas sesi dialog, di sini semalam.
Tambahnya, maklum balas rakyat sangat penting bagi memastikan agenda pembangunan MADANI Pahang terus berjalan selari dengan keperluan setempat.

Barisan kepimpinan kerajaan Pahang mengaminkan doa kesyukuran sebaik sahaja selesai program.
Sementara itu, salah seorang penduduk setempat Habsah Hashim, 55, melahirkan rasa teruja kerana berpeluang untuk mendengar sendiri maklumat yang disampaikan.
“Saya seronok sebab banyak maklumat boleh dapat terus dari jabatan kerajaan. Aktiviti pun meriah, anak cucu pun boleh turut serta. Program macam ini patut diteruskan kerana mendekatkan rakyat dengan pemimpin,” katanya.
-RI





