
Laporan/foto: Sophia Aren Erik/Mohammad Nazeri Arif (Sarawak)
TATAU, 9 Nov (MalaysiaAktif) – Penjelasan berkaitan Belanjawan 2026 dilihat mampu memberi kefahaman berkaitan ikhtiar dan usaha kerajaan dalam menyantuni keperluan rakyat.

Juni Linyann, 62 (kiri) ketika ditemubual tentang persepsi terhadap Belanjawan 2026.
Menurut peserta Taklimat Belanjawan 2026 di program Program Sesi Libat Urus Komuniti MADANI Bersama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), Juni Linnyan, 62, program tersebut amat bermanfaat.
“Taklimat tersebut membantu saya memahami dengan lebih jelas bantuan dan tumpuan kerajaan kepada rakyat luar bandar,” katanya di sini semalam.

Sesi fotografi Komuniti MADANI bersama pihak NADI Pekan Tatau sebagai kenang-kenangan.
Pegawai Penerangan Daerah Tatau Donny Minggu Ling ketika menyampaikan taklimat tersebut, berkata Belanjawan 2026 mencerminkan kesungguhan kerajaan menyeimbangkan keperluan rakyat dengan agenda pembangunan negara selaras aspirasi Malaysia MADANI.
Program bersama Komuniti MADANI Pekan Tatau, Pekan Sangan dan Sungai Gemuan di NADI itu bertujuan memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap inti pati Belanjawan 2026 serta memastikan maklumat sahih disalurkan hingga ke peringkat akar umbi.
-RI





