
Laporan/foto: Nurezzaty Razimi
PORT DICKSON, 7 Dis (MalaysiaAktif) – Program Kampung Angkat MADANI (KAM) dan Sekolah Angkat MADANI (SAM) oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) menjadi peluang keemasan bagi meningkatkan taraf ekonomi penduduk di kawasan tersebut.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata Kampung Jimah Baru merupakan kampung ketiga di Daerah Port Dickson yang dipilih sebagai KAM.
“Kampung Jimah Baru merupakan kampung ketiga di Daerah Port Dickson yang dipilih sebagai kampung angkat oleh beberapa kementerian, jabatan dan agensi di peringkat persekutuan.
“Manakala Sekolah Kebangsaan Jimah Baru merupakan sekolah kelapan yang dipilih sebagai SAM di Daerah Port Dickson,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di Majlis Peluncuran Program KAM dan SAM ICU JPM, di sini semalam.

Penyampaian Simbolik Cek kepada Ketua Kampung, Kampung Jimah Baru.
Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menzahirkan penghargaan kepada Ketua Pengarah ICU JPM Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria kerana memilih Kampung Jimah Baru dan Sekolah Kebangsaan Jimah Baru di bawah Parlimen Port Dickson sebagai KAM dan SAM agensi berkenaan.
Program berkenaan turut menyampaikan tiga lagi kategori sumbangan iaitu Inisiatif Sejahtera MADANI Skop Pendidikan, Inisiatif Sejahtera MADANI Skop Pendidik dan Inisiatif Sejahtera MADANI Skop Kebajikan.
-RI





