Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Karnival Za’ba Perkukuh Adat, Ketokohan Pendeta Za’ba

By 2 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman/LMNS (Negeri Sembilan)

JEMPOL, 2 Dis (MalaysiAktif) – Karnival Za’ba 2025 berperanan penting dalam menyuburkan nilai keilmuan, peradaban bangsa dan jati diri masyarakat khususnya dalam kalangan generasi muda, kata Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (Pembangunan) Dr. Arwan Sabri.

Simbolik perasmian karnival oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (Pembangunan) Dr. Arwan Sabri.

“Karnival ini bukan sekadar himpunan aktiviti, malah sebagai platform mengenang legasi besar Pendeta Za’ba dalam membentuk pemikiran bangsa dan memartabatkan bahasa,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan berkata demikian ketika berucap menyempurnakan karnival berkenaan di Teratak Za’ba, Bukit Kerdas, di sini semalam.

Pertandingan memancing turut diadakan.

Pelbagai pengisian menarik diadakan sepanjang program yang bermula pada 8 pagi hingga 5 petang itu antaranya majlis bacaan Yassin dan tahlil, pertandingan mewarna dan kolaj, pertandingan E-Sport dan Forum Za’ba: ‘Za’ba dan Jati Diri Bangsa’.

Turut diadakan pameran oleh pelbagai agensi, pertandingan memancing, jualan produk industri kecil dan sederhana (IKS), Jualan Rahmah MADANI, demonstrasi masakan Luak Jempol serta pertandingan sukan rakyat.

Penganjuran Karnival Za’ba 2025 ini dipercayai akan terus memperkukuh usaha Negeri Sembilan dalam memelihara warisan ilmu dan menghargai tokoh kebitaraan negara Pendeta Za’ba yang lahir di bumi bersejarah ini.

-RI

Tinggalkan komen anda