Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Ahli PUSPANITA Tangkak Diseru Menyokong antara Satu Sama Lain

By 30 Januari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Latifah Salleh (Tangkak)

TANGKAK, 30 Jan (MalaysiaAktif) – Ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Tangkak diseru untuk terus menyokong antara satu sama lain demi memperkasakan pertubuhan itu.

Pegawai Daerah memukul gendang sebagai gimik Perasmian Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Daerah Tangkak kali ke-27/2026.

Penasihatnya Ungku Suzana Ungku Mohammad berkata PUSPANITA perlu sentiasa bergerak aktif dan tampil dengan idea-idea baharu agar organisasi kekal relevan.

“Teruskan bekerja sebagai satu pasukan supaya setiap aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar,” katanya yang juga Pegawai Daerah wanita pertama di daerah ini ketika merasmikan Mesyuarat Agung ke-27/2026 pertubuhan itu di Dewan Jubli Intan, di sini semalam.

Inspektor Nur Hasliza.

Terdahulu, taklimat berkaitan jenayah penipuan dalam talian (scammer) disampaikan Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak Insp Nur Hasliza Hisham.

Pada majlis sama, Juariah Sareh menerima Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Paling Cemerlang sebagai penghargaan atas sumbangan dan komitmennya terhadap pertubuhan.

Turut hadir Ketua Penolong Pegawai Daerah Tangkak Norazimah Maksom.

-RI

Tinggalkan komen anda