Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Demonstrasi Eksesais Perisai Bandar 2026 Siap Siaga Hadapi Kecemasan

By 24 Januari 2026Januari 26th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Vasugi/Suriati (Seremban)

SEREMBAN, 24 Jan (MalaysiaAktif) – Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun, hari ini hadir menyaksikan Demonstrasi Eksesais Perisai Bandar 2026 di Kem Sikamat, di sini.

Aminuddin Harun menyaksikan sendiri demonstrasi taktikal dan operasi keselamatan.

Eksesais memperlihatkan simulasi kebakaran ini menampilkan pelbagai senario kawalan kawasan, tindak balas ancaman, pengurusan keselamatan dan koordinasi antara unit-unit terlibat dalam suasana latihan yang dirancang rapi.

“Simulasi kebakaran ini sangat penting untuk meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan kita dalam menghadapi situasi darurat kebakaran,” kata Aminuddin.

Seramai 580 peserta agensi keselamatan terlibat, merangkumi Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Imigresen Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Hospital Tuanku Jaafar, Pejabat Daerah Seremban dan sukarelawan.

Program simulasi kebakaran ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi situasi darurat kebakaran selain bertujuan untuk melatih anggota sukarelawan menghadapi situasi darurat.

Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak menyembur air ke arah ‘perusuh’.

Objektif utama eksesais ialah untuk menguji kecekapan operasi, meningkatkan kesiapsiagaan pasukan, serta memperkukuh kerjasama strategik antara agensi berkaitan demi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terus terpelihara.

Demonstrasi Eksesais Perisai Bandar 2026 ini mencerminkan komitmen berterusan pasukan keselamatan dalam memastikan tahap kesiapsiagaan pasukan sentiasa berada pada tahap tertinggi selaras dengan keperluan keselamatan semasa negara.

-RI

Tinggalkan komen anda