Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Kerajaan Negeri Selangor Komited Pastikan Dasar yang Dirangka Memberi Manfaat kepad Rakyat

By 31 Januari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hikal Aripin/Prabagaran

SHAH ALAM, 31 Jan (MalaysiaAktif) – Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari, menekankan komitmen Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan setiap dasar yang dirangka memberi manfaat kepada rakyat, dapat diukur keberkesanannya dan tidak meninggalkan mana-mana golongan.

Amirudin ketika menyampaikan ucapan perasmian.

“Kerajaan Negeri Selangor tidak menitik beratkan pembangunan fizikal semata tetapi mengambil kira dan menyeimbangkan semua aspek MADANI tanpa meminggirkan sesiapa no one left behind (tiada sesiapa yang ditinggalkan),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan laporan Voluntary Local Review (VLR) Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Shah Alam 2024 Siri ke-2 di Pusat Konvensyen MBSA, di sini kelmarin.

Penerbitan laporan tersebut adalah susulan kejayaan pembentangan laporan yang pertama tahun 2021 sebagai manifestasi komitmen berterusan bandar raya ini terhadap pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030.

Amirudin bersama tetamu yang hadir.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sentiasa komited terhadap pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan sejak tahun 2000 melalui pendekatan holistik yang menekankan kerjasama erat antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi kerajaan, sektor swasta serta komuniti setempat.

MBSA turut memberi pengiktirafan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam penyediaan serta kejayaan penerbitan VLR itu.

-RI

Tinggalkan komen anda