Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

SSLCC Seremban Perintis Bandar Bandar Progresif Rendah Karbon

By 24 Januari 2026Januari 26th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasnida Sarani/Sharil Alias (Negeri Sembilan)

SEREMBAN, 24 Jan (MalaysiAktif) – Inisiatif Seremban Smart & Low Carbon City (SSLCC) menjadi hala tuju strategik jangka panjang dalam membentuk Seremban sebagai bandar yang progresif, berdaya tahan dan inklusif, selari dengan cabaran perubahan iklim dan transformasi teknologi, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan Arul Kumar Jambunathan.

Arul (empat, kiri) bergambar kenangan bersama wakil pemaju dan PBT sambil memegang dokumen perakuan projek berstatus SSLCC.

“Pendekatan ini juga selari dengan cabaran perubahan iklim serta keperluan transformasi teknologi dalam perancangan bandar moden.

“Pembangunan seperti ini membuktikan bahawa kemajuan tidak semestinya mengorbankan alam sekitar, malah boleh bergerak seiring melalui perancangan yang teliti dan penggunaan teknologi pintar,” katanya.

Beliau yang juga  serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang, berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek SSLCC Pusat Komersial Forest Heights, di sini semalam.

“Kerajaan Negeri Sembilan komited terhadap pembangunan yang seimbang, merangkumi pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan rakyat, kelestarian alam sekitar dan masa depan generasi akan datang,” katanya.

Arul (duduk tengah) beramah mesra dan merakamkan kenangan bersama tetamu jemputan serta delegasi.

Dalam pada itu, Arul turut merakamkan ucapan tahniah kepada Zentra Forest Heights kerana muncul sebagai projek pertama menerima pensijilan SSLCC.

“Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pembangunan pintar dan rendah karbon di Seremban serta seluruh Negeri Sembilan,” katanya.

Pusat Komersial Zentra Forest Heights yang dibangunkan oleh UEM Sunrise dan Sunway Property turut menjadi contoh kerjasama erat antara kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan sektor swasta dalam merealisasikan dasar kepada pelaksanaan yang memberi manfaat sebenar kepada bandar dan rakyat.

Inisiatif ini dilihat sebagai langkah penting dalam menyokong agenda pembangunan mampan negeri, sekali gus memperkukuh kedudukan Seremban sebagai bandar masa depan yang mesra alam dan berteknologi tinggi.

-RI

Tinggalkan komen anda