Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Tuanku Hajah Haminah Berkenan Kurnia Sumbangan Persekolahan kepada Anak-Anak Yatim Baling

By 5 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Firdaus Mahmud (Baling)

BALING, 5 Jan (MalaysiaAktif) – Che Puan Besar Kedah, Tuanku Hajah Haminah Hamidun berkenan mengurniakan sumbangan persekolahan kepada anak-anak yatim di daerah Baling bersempena Majlis Pengurniaan Sumbangan Persekolahan Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) bagi sesi 2026 di Pejabat Daerah Baling, di sini hari ini.

Tuanku Hajah Haminah menyantuni anak-anak yatim dalam Majlis Pengurniaan Sumbangan Persekolahan Sesi 2026 YAYSH hari ini.

Seramai 13 pelajar sekolah rendah dan 17 pelajar sekolah menengah menerima sumbangan hamper, wang tunai serta beg sekolah.

Inisiatif bantuan perseolahan itu selari dengan misi YAYSH yang sentiasa prihatin akan nasib anak-anak yatim terutama dalam soal pembelajaran dan persekolahan.

Seorang penerima, Muhammad Haziq Ryann Zaini, 14, berkata beliau amat terharu dengan pengurniaan sumbangan tersebut.

Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah bergambar kenang-kenangan bersama Pegawai Daerah Baling dan Pegawai-Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Baling.

“Sumbangan yang diterima sedikit sebanyak mengurangkan beban bagi kemasukan ke sesi baharu persekolahan tahun 2026.

“Terima kasih kepada YAYSH terutama kepada Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan anak-anak yatim” katanya.

Turut hadir Pegawai Daerah Baling Yazlan Sunardie Che Yahya serta Pegawai-Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Baling.

-RI

Tinggalkan komen anda