
Laporan/foto: Muhammad Fakhri/Muhammad Hafizul (Alor Gajah)
ALOR GAJAH, 12 Feb (MalaysiaAktif) – Bantuan Tahun Baru Cina 2026 yang berlangsung di Dewan Penyayang, Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Alor Gajah, semalam menjadi manifestasi keprihatinan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Fairul Nizam ketika berucap.
Inisiatif ini mencerminkan semangat perpaduan serta nilai kemanusiaan yang kukuh dalam kalangan masyarakat berbilang kaum sekali gus memberi sinar harapan kepada penerima yang memerlukan sokongan berterusan.
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka Datuk Fairul Nizam Roslan berkata Tahun Baharu Cina membawa nilai harapan, kasih sayang, kebersamaan dan perpaduan semoga terus diperkukuhkan demi kesejahteraan bersama.

Sumbangan Tahun Baru Cina kepada 175 penerima.
“Bantuan ini mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri Melaka dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela dan tiada yang dipinggirkan, khususnya golongan warga emas, ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) dan keluarga miskin tanpa mengira kaum dan latar belakang inilah semangat Melaka Sayang Rakyat.
“Bagi Parlimen Alor Gajah, peruntukan sebanyak RM35,000 telah disalurkan bagi memberi manfaat kepada 175 orang penerima sebagai sebahagian daripada keseluruhan RM200,000 bantuan perayaan Tahun Baharu Cina yang melibatkan 1,000 penerima di seluruh Negeri Melaka,” ujarnya.
-RI





