Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Brisk Walk Perpaduan Jadi Medium Perkukuh Silaturahim dan Kesejahteraan Fizikal

By 8 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ismail Hassan/Noor Faeizah Ahamad (Kota Setar)

ALOR SETAR, 8 Feb (MalaysiaAktif) – Program Brisk Walk Perpaduan yang dianjurkan di sekitar Wisma Persekutuan Alor Setar, di sini menjadi platform mengeratkan silaturahim, memupuk semangat perpaduan serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan penjawat awam dan masyarakat setempat.

Program Brisk Walk Perpaduan menghimpunkan peserta daripada pelbagai agensi dan latar belakang bagi memupuk semangat perpaduan serta kesejahteraan fizikal

Program bulanan ini melibatkan penyertaan warga jabatan di Wisma Persekutuan, Rukun Tetangga serta orang awam dengan peserta menempuh jarak kira-kira tiga kilometer sambil menikmati persekitaran Bandaraya Alor Setar.

Menurut Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar, Fakhzan Nasir objektif utama penganjuran program ini adalah untuk mewujudkan hubungan perpaduan yang kukuh dalam kalangan masyarakat di samping mengamalkan gaya hidup sihat.

“Program ini akan diteruskan setiap bulan. Namun, menjelang Ramadan, aktiviti brisk walk akan dihentikan sementara dan digantikan dengan program kerohanian seperti Bicara Ilmu, Majlis Bacaan Yassin serta Program Gerak Rahmah 2026 Jom Masak Bubur Lambuk melibatkan 20 buah periuk,” katanya kepada Malaysia Aktif.

Peserta Program Brisk Walk Perpaduan menyertai aktiviti berjalan pantas sejauh kira-kira tiga kilometer di sekitar Wisma Persekutuan Alor Setar

Sementara itu, salah seorang peserta, Fauzi Azli Salleh, 48, menyatakan sokongan penuh terhadap program berkenaan dan berharap ia dapat diteruskan serta mendapat penyertaan lebih ramai pada masa akan datang.

“Program seperti ini bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah mampu mengeratkan hubungan antara agensi dan masyarakat,” ujarnya.

-AA-

Tinggalkan komen anda