Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Harmoni Lundu Diperkukuh, 50 Asnaf Terima Sumbangan Tahun Baharu Cina

By 13 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aishah Latip/Indah Putra (Lundu)

LUNDU, 13 Feb (MalaysiaAktif) – Seramai 50 asnaf di daerah Lundu menerima sumbangan bakul makanan sempena Sambutan Tahun Baharu Cina.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu Azizul Annuar berkata keharmonian dan semangat perpaduan antara kaum di daerah itu perlu terus dipelihara bagi memastikan kesejahteraan masyarakat setempat kekal utuh.

Beliau berkata masyarakat Cina di Lundu terkenal dengan sikap rajin dan aktif membantu komuniti melalui persatuan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Azizul(kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima asnaf sempena Tahun Baru Cina yang akan menjelang tidak lama lagi.

“Kita di Sarawak hidup dalam suasana saling menghormati antara agama dan budaya dan isu berkaitan tempat ibadat jarang timbul kerana kita mempunyai pendekatan inklusif.

“Kerajaan Sarawak melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) sentiasa membantu pembangunan dan penyelenggaraan rumah-rumah ibadat pelbagai agama,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut, di Dewan Mahligai Gading, di sini kelmarin.

Dalam pada itu, 30 penerima menerima sumbangan di dewan berkenaan manakala 20 lagi disantuni menerusi program ziarah kasih ke kediaman sekitar Lundu.

Turut hadir Setiausaha Politik kepada Premier Abang Abdul Aziz Abang Draup, Pegawai Daerah Lundu Zulkarnain Ismail serta Ketua Masyarakat Kaum Cina Daerah Lundu Chin Kian Ming.

-RJ-

Tinggalkan komen anda