Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

JDV Pacu Industri Tenusu Bertaraf Dunia

By 6 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahairi/Mohd Fuad (Mersing)

MERSING, 6 Feb (MalaysiaAktif) – Projek Lembah Tenusu Jemaluang (JDV) melangkah ke fasa penting dalam meningkatkan kapasiti pengeluaran susu segar tempatan menerusi penggunaan teknologi moden serta pematuhan standard biosekuriti tinggi.

Onn Hafiz meninjau perkembangan dan melihat sendiri pengurusan ladang tenusu JDV seluas 275 hektar

Menteri Besar Johor Dato’ Onn Hafiz Ghazi berkata JDV merupakan platform tenusu bersepadu sepenuhnya yang pertama di Johor, dibangunkan bagi meningkatkan pengeluaran susu segar tempatan, menghasilkan produk nilai tambah berasaskan susu, mengurangkan kebergantungan kepada import serta membina keupayaan industri tenusu yang moden dan mampan.

“Pembangunan JDV merangkumi kawasan pembangunan seluas 680 ekar ini merupakan inisiatif strategik kerajaan negeri Johor dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

“Projek JDV ini bakal menjadikan Johor sebagai penyumbang utama kepada sekuriti makanan negara, khususnya melalui pembangunan industri tenusu berskala besar dan berteknologi tinggi,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis pecah tanah kilang tenusu itu, di sini semalam.

JDV berupaya mengeluarkan bekalan susu sebanyak 14 juta liter setahun dengan potensi pengembangan sehingga 30 juta liter apabila mula beroperasi pada suku pertama tahun 2027

Jemaluang Dairy Valley Sdn Bhd (JDVSB), syarikat usaha sama antara Kulim (Malaysia) Bhd (KULIM) dan A2 Fresh Holdings Sdn Bhd (A2FHSB), telah dilantik oleh ECERDC untuk menguruskan ladang tenusu seluas 275 hektar di Jemaluang.

Menerusi usaha sama itu, JDVSB menyasarkan pengeluaran 5.4 juta liter susu segar setiap tahun bagi meningkatkan 10 peratus pengeluaran susu segar negara dalam tempoh tiga tahun.

-AA-

Tinggalkan komen anda