Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Program Sinergi Komuniti MADANI Sihat Perkukuh Kesejahteraan Rakyat

By 4 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aini/MKN Negeri Perlis (Perlis)

PADANG BESAR, 4 Feb (MalaysiaAktif) – Program Sinergi Komuniti MADANI Sihat membantu memperkukuh kesejahteraan fizikal, mental dan sosial masyarakat memalui penglibatan aktif komuniti.

Sesi fotografi bersama penduduk kampung

Pengarah Majlis Keselamatan Negera (MKN Perlis Hishamuddin Fitri Abu Hasan berkata penganjuran program yang dihadiri kira-kira 400 penduduk itu juga selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program berkenaan anjuran MKN Perlis dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKKP) Kampung Titi Tinggi Hulu serta Universiti Utara Malaysia, di sini, Ahad lepas.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk senamrobik, sukaneka untuk semua peringkat umur serta pameran interaktif oleh pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), selain kaunter perkhidmatan bergerak disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis bagi memudahkan urusan penduduk setempat.

Program berkenaan dilaksanakan di bawah inisiatif Kampung Angkat MADANI di bawah seliaan MKN Perlis bertujuan memperkasa kerjasama antara agensi kerajaan dan komuniti.

-AA-

Tinggalkan komen anda