Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

PAWE KKB Pemangkin Penuaan Aktif, Perkasa Perpaduan Kaum di Hulu Selangor

By 9 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ameer Rithauddin Roslan (Hulu Selangor)

HULU SELANGOR, 9 Feb (MalaysiaAktif) – Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kuala Kubu Bharu (KKB) kini menjadi nadi utama dalam mempromosikan gaya hidup aktif serta memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan warga emas pelbagai kaum di daerah ini.

ADUN Kuala Kubu Bharu menyampaikan ucapan perasmian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu Pang Sock Tao berkata PAWE KKB selari dengan aspirasi negara untuk membentuk masyarakat yang sejahtera dan inklusif.

“Saya menyeru agar warga emas di Hulu Selangor memanfaatkan kemudahan ini sepenuhnya untuk meningkatkan kualiti hidup mereka,” ujar beliau ketika berucap merasmikan Hari Terbuka PAWE KKB yang disertai kira-kira 50 warga emas daripada pelbagai kaum, di sini kelmarin.

Sebagai tanda sokongan terhadap program Jabatan Kebajikan mAsyarakat (JKM) itu, beliau turut mengumumkan sumbangan RM3,000 bagi membantu kelancaran aktiviti tahunan pusat tersebut.

Dalam pada itu, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor Azmir Kassim berkata penubuhan PAWE merupakan bukti keprihatinan kerajaan dalam memastikan kebajikan golongan veteran sentiasa terbela menerusi program yang tersusun.

Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor menyampaikan ucapan.

“PAWE KKB bukan sekadar tempat berkumpul, malah berfungsi sebagai pusat rujukan, sokongan emosi, dan interaksi sosial yang kondusif,”

“Melalui kerjasama strategik pelbagai agensi, kita mahu komuniti ini kekal aktif dan tidak terpinggir daripada arus pembangunan,” katanya.

Menurut beliau, data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan jumlah warga emas di Daerah Hulu Selangor kini mencecah 27,800 orang, iaitu merangkumi 10.78 peratus daripada keseluruhan populasi penduduk daerah tersebut.

-RI

Tinggalkan komen anda