
Laporan/foto: Herlina Ainizawati Zakaria/PSA (Shah Alam)
SHAH ALAM, 14 Feb (MalaysiaAktif) – Pelaksanaan program Techno Huffaz di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) yang menggabungkan pengajian diploma politeknik dan pensijilan tahfiz menarik perhatian Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 1,200 jemaah di Pusat Islam PSA, di sini semalam.
Beliau tiba kira-kira jam 1.35 tengah hari dan disambut Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Shamsuri Abdullah serta Timbalan Pengarah Akademik PSA, Ts. Dr. Ahmad Aftas Azman sebelum menyertai jemaah solat Jumaat yang terdiri daripada pelajar, pensyarah dan komuniti setempat.

Usai Solat Jumaat, Perdana Menteri sempat beramah mesra dengan warga kampus sebelum beredar bagi meneruskan tugasan rasmi seterusnya
Usai solat, Perdana Menteri meluangkan hampir sejam beramah mesra, bersalaman dan bergambar bersama para jemaah sebelum meneruskan urusan rasmi.
Dalam lawatan ringkas itu, beliau menyambut baik program Techno Huffaz serta projek wakaf menaik taraf Pusat Islam PSA, yang dilihat sebagai langkah strategik dalam membangunkan graduan holistik serta memperkukuh institusi sebagai pusat sahsiah dan ilmu di kampus.
-AA-






