
Laporan/foto: Mahyudin Abd Rani/Mohd Shahrizan Shahabudin (Seberang Perai Selatan)
BUKIT TAMBUN, 15 FEB (Malaysia Aktif) – Majlis Pra Perlancaran Projek Fasiliti Biogas telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow bertempat di Perkampungan Valdor, Bukit Tambun, di sini semalam.

Ketua Menteri bersama barisan EXCO kerajaan negeri dan tetamu jemputan
Dalam ucapannya, Chow berkata kemudahan fasiliti ini mula beroperasi pada Mac 2024 dan ianya berfungsi sebagai pusat rawatan sisa buangan bagi ladang khinzir serta menjadikannya satu sumber tenaga baharu.
“Ianya melibatkan 20 ladang ternakan yang melibatkan kira-kira 30,000 ekor khinzir dan berupaya menguruskan sisa buangan khinzir sehingga 90,000 ekor pada fasa seterusnya.

Sesi lawatan tapak di Fasiliti Biogas, Bukit Tambun
“Projek fasiliti ini bernilai RM25.9 juta yang diuruskan sepenuhnya oleh sebuah syarikat swasta Timeless Green Sdn Bhd, yang merupakan syarikat yang professional dan berpengalaman menguruskan projek ini,” katanya.
Menurut Chow, projek ini membuka peluang pekerjaan, mengurangkan bau sisa buangan ternakan dan menambah baik kualiti udara di kawasan ini.
Selain itu, pembangunan fasiliti projek ini menjadi model rujukan kaedah menguruskan sisa buangan ternakan yang lebih efisyen dan berteknologi tinggi.
-AA-






