Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Program Jualan Rahmah MADANI Premium Tarik Sambutan Hangat Penduduk Kulim

By 15 Februari 2026Februari 18th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zatul-Iffah Wahab/Kubendiran (Kulim)

KULIM, 15 Feb (MalaysiaAktif) – Program Jualan Rahmah MADANI Premium yang berlangsung di Stadium Keladi pada 13 hingga 15 Februari berjaya menghimpunkan penduduk setempat bagi mendapatkan barangan keperluan harian pada harga lebih rendah dan berpatutan.

Orang ramai mengambil kesempatan membeli beli di Program Jualan Rahmah Premium.

Program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Fuziah Salleh, kelamrin yang turut meluangkan masa beramah mesra bersama pengunjung dan peniaga yang mengambil bahagian.

Jualan Rahmah MADANI tersebut diadakan bagi membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup, khususnya menjelang sambutan perayaan utama termasuk Tahun Baharu Cina dan Ramadan.

Antara pengisian utama ialah sesi Jualan Happy Hour yang menawarkan diskaun tambahan dalam tempoh masa terhad, sekali gus menarik kehadiran ramai pengunjung untuk mendapatkan barangan pada harga istimewa.

Selain itu, sesi jelajah mesra oleh Timbalan Menteri memberi peluang kepada orang ramai menyampaikan pandangan, cadangan serta mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pelaksanaan inisiatif Rahmah MADANI.

“Jualan Rahmah ni memang orang tunggu. Bukan sekadar nama, tapi sebab betul-betul membantu.

Dr. Fuziah Salleh beramah mesra bersama pengunjung.

“Diskaun 10 hingga 30 peratus, tambah pula ada operator yang menjadi rakan strategik MyKasih, boleh guna IC untuk guna bantuan SARA, memang double jimat untuk rakyat,” kata Dr. Fuziah Salleh.

Pelbagai barangan keperluan asas termasuk makanan, barangan dapur serta keperluan harian lain ditawarkan pada harga lebih rendah berbanding pasaran, sekali gus memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat setempat.

Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus dipelihara melalui inisiatif harga rahmah yang menyeluruh, inklusif dan berimpak tinggi dalam membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

-RI

Tinggalkan komen anda