
Laporan/foto: Atirah Che Hasan (LMS)
TAIPING, 6 Feb (MalaysiaAktif) – Toyo Tyre Malaysia Sdn. Bhd. menyumbang peralatan perubatan bernilai kira-kira RM50,000 bagi menyokong penubuhan Program Rehabilitasi Jantung di Hospital Taiping, di sini semalam.

Ucapan oleh President Toyo Tyres Sdn Bhd
Sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat di bawah Program Jangkauan Komuniti bagi memperkasakan sektor penjagaan kesihatan.
Presiden merangkap Pengarah Urusan Toyo Tyre Malaysia, Mike Toh berkata sumbangan itu merangkumi pelbagai peralatan kritikal seperti treadmill, basikal senaman, pemantau tanda vital, Automated External Defibrillator (AED), peralatan pemulihan tangan serta kelengkapan teknologi maklumat (IT) bagi menyokong pelaksanaan program pemulihan pesakit jantung secara berstruktur.

Sesi bergambar bersama tetamu jemputan
Sementara itu, Pengarah Hospital Taiping Dr. Khuzaini Abd Karim, menyifatkan bantuan berkenaan mampu memperkukuhkan perkhidmatan rehabilitasi jantung serta meningkatkan kualiti penjagaan pesakit di hospital tersebut.
Majlis penyerahan sumbangan tersebut turut disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pokok Assam, Ong Seng Guan.
-AA-





