Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Tahun Satu 2027: Johor Antara Negeri Penyumbang Pendaftaran Terbesar

By 27 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shah Hood/BERNAMA (Johor)

MUAR, 27 Feb (MalaysiaAktif) – Johor mencatat jumlah pendaftaran murid Tahun Satu tertinggi bagi sesi 2027, dengan lebih 50,000 permohonan diterima di seluruh negara.

Fadhlina semasa sidang media selepas majlis Program Jaulah Ramadan Komuniti KPM 2026

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata hampir 50,000 permohonan diterima di seluruh negara selepas dua minggu pendaftaran dibuka dengan Johor antara penyumbang terbesar.

“Apabila Johor menjadi antara negeri tertinggi dari segi pendaftaran, ini menunjukkan ibu bapa bersedia memberi komitmen dan percaya kepada sistem yang sedang dilaksanakan,” katanya pada sidang media Program Jaulah Ramadan Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar, di sini semalam.

Beliau menambah bahawa pendaftaran berlangsung sehingga 31 Mac dan persiapan prasarana serta pengambilan guru sedang dilaksanakan bagi menyokong pelaksanaan RPM.

“Pendaftaran Tahun Satu ini bukan sekadar proses rutin, sebaliknya sebahagian daripada pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 yang menekankan peningkatan mutu pendidikan dan pemerkasaan murid,” katanya.

Beliau menekankan bahawa sokongan ibu bapa dan komuniti adalah penting bagi memastikan pelaksanaan RPM 2026-2035 berjalan lancar dan memberi impak positif kepada pembangunan pendidikan negara.

-AA-

Tinggalkan komen anda