Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Tradisi Limau Mandarin Kukuhkan Silaturahim Sempena Tahun Baharu Cina

By 13 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Terengganu)

DUNGUN, 13 Feb (MalaysiaAktif) – Buah limau mandarin yang sinonim sebagai simbol kemakmuran, tuah dan hubungan persahabatan terus menjadi tradisi penting dalam sambutan Tahun Baharu Cina, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Pengagihan buah limau mandarin kepada pendudukan di kawasan taman perumahan

Bersempena sambutan Tahun Baharu Cina, Persatuan Kebajikan Wanita Prihatin Negeri Terengganu (PEKA Wanita) telah mengambil inisiatif mengagihkan sebanyak 1,000 biji buah limau mandarin kepada masyarakat sekitar bandar Dungun.

Menurut Pengerusi PEKA Wanita, Armila Alias program yang ringkas namun penuh bermakna itu bukan sahaja bertujuan memeriahkan perayaan, malah menjadi simbol hormat-menghormati serta mengeratkan silaturahim antara kaum.

“Agihan sebanyak 60 kotak buah limau mandarin dan 50 biji kuih bakul ini diadakan bagi memperkukuhkan lagi perpaduan kaum serta menyemai nilai kebersamaan dalam komuniti setempat,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Pengagihan juga turut diadakan di sekitar premis-premis perniagaan

Beliau menjelaskan pendekatan turun padang seperti ini memberi ruang kepada persatuan untuk lebih dekat dengan rakyat, sekali gus mendengar secara langsung permasalahan yang dihadapi masyarakat bawahan serta memahami isu-isu semasa yang berlaku di persekitaran mereka.

Tambah Armila, aktiviti kebajikan seperti ini wajar diteruskan kerana ia bukan sahaja membawa kegembiraan kepada penerima, malah memperlihatkan keharmonian hidup masyarakat majmuk di negeri ini.

-AA-

Tinggalkan komen anda