Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

300 Belia Sertai Tadarus 30 Juz Sempena Perasmian Masjid Jamek Mengkuang Titi

By 10 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noornita Ahmad

PERMATANG PAUH, 10 Mac (MalaysiaAktif) – Program Tadarus al-Quran 30 juz serta Majlis Khatam al-Quran yang menghimpunkan kira-kira 300 belia menjadi antara pengisian utama sempena Majlis Perasmian Masjid Jamek Mengkuang Titi dan Sambutan Nuzul al-Quran 1447H yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Sabtu lepas.

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menyantuni peserta tadarus dan khatam al-Quran

Program di bawah inisiatif Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan, hasil kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu bertujuan memperkukuh penglibatan golongan belia dalam mengimarahkan institusi masjid, khususnya sepanjang bulan Ramadan.

Penyertaan belia dalam program itu juga mencerminkan sokongan generasi muda terhadap usaha menjadikan masjid sebagai pusat pembangunan sahsiah, sekali gus memperkukuh ukhuwah dalam kalangan komuniti setempat.

Seorang peserta program, Nur Akhyar Mohd Salleh, 29, berkata penglibatan dalam tadarus dan majlis khatam al-Quran memberi pengalaman bermakna buatnya.

Belia setempat berkumpul dalam sesi tadarus, mengeratkan ukhuwah sambil mengimarahkan rumah Allah

“Program seperti ini bukan sahaja memberi peluang kepada belia untuk mendalami al-Quran, malah mengeratkan hubungan sesama rakan sebaya dalam suasana yang positif. Ia juga membuatkan kami lebih menghargai peranan masjid sebagai tempat berkumpul dan menimba ilmu,” katanya.

Penglibatan aktif belia melalui program berteraskan masjid mampu menjadi pemangkin kepada pembentukan masyarakat yang lebih harmoni, berilmu dan berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam.

-AA-

Tinggalkan komen anda