Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

59 Veteran dan Waris ATM Terima Sumbangan Zakat daripada Ladang Ketengah Perwira

By 5 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maznah Ngah/Ahmad Syafri Husnaini (Terengganu)

HULU TERENGGANU, 5 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 59 penerima terdiri daripada ahli veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk Orang Kurang Upaya (OKU) serta balu dari seluruh negeri, menerima sumbangan zakat daripada Ladang Ketengah Perwira bersempena Ramadan.

Sheikh Muhammad, berharap sumbangan ini dapat meringankan beban serta menceriakan persiapan menjelang Aidilfitri.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Negeri Terengganu Sheikh Muhammad Sheikh Keramat, sumbangan itu bukan sekadar bantuan berbentuk material, sebaliknya tanda penghargaan dan penghormatan terhadap pengorbanan serta komitmen yang dicurahkan golongan veteran dalam mempertahankan kedaulatan negara.

“Golongan veteran, termasuk mereka yang uzur dan kurang bernasib baik, tidak pernah dilupakan. Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban serta menceriakan persiapan Aidilfitri bersama keluarga tersayang,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan, semalam.

Sebahagian penerima sumbangan yang hadir di Majlis Penyampaian Zakat KETENGAH Perwira di Hulu Terengganu.

Majlis penyampaian zakat tersebut telah disampaikankan Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Dato’ Rozi Mamat di Masjid Sultan Mahmud Kuala Berang, di sini.

Majlis berkenaan menjadi medan memperkukuh ukhuwah serta menyemarakkan semangat setia kawan dalam kalangan bekas anggota ATM dan sebagai manifestasi penghargaan berterusan kepada wira-wira negara yang telah berkorban demi keamanan dan kesejahteraan rakyat.

-RI

Tinggalkan komen anda