Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Program Santuni Anak Yatim Beri Pengalaman Raya Bermakna di Mukah

By 18 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salleh Immun/Tarmizi Karnain (Mukah)

MUKAH, 18 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 52 anak yatim dan yatim piatu dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian diraikan dalam Program Santuni Anak Yatim Sinar Syawal 2026 yang diadakan di Medan Mall Mukah, semalam.

Program itu bertujuan membantu golongan berkenaan membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri, khususnya dengan menyediakan kelengkapan pakaian baharu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yaakub Arbi berkata program itu bukan sekadar membantu dari segi keperluan fizikal tetapi juga memberi kegembiraan kepada anak-anak yatim dalam merasai kemeriahan menyambut Aidilfitri.

Menurut beliau, pendekatan membawa anak-anak yatim membeli-belah secara langsung dilihat lebih memberi keterujaan berbanding sekadar menerima sumbangan biasa. Ia diharap dapat menceriakan kehidupan mereka serta memberi semangat untuk terus berusaha.

“Ini adalah tanggungjawab bersama untuk memastikan tiada golongan yang terpinggir, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan yang sinonim dengan kegembiraan dan kebersamaan keluarga,” katanya pada program berkenaan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda