Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

YDM Terengganu Santuni 300 Penerima Sumbangan Aidilfitri di Kemaman

By 10 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maznah Ngah/Ahmad Syafri Husnaini Mohamad (Terengganu)

KEMAMAN, 10 Mac (MalaysiaAktif) – Yang Dipertuan Muda (YDM) Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Tengku Mizan berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Sumbangan Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1447H/2026M di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, di sini semalam.

Sabariah, bersyukur dan berterima kasih kerana terpilih menerima sumbangan pada tahun ini.

Pada majlis tersebut, Baginda berkenan menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan persalinan pakaian kepada 300 penerima terpilih yang terdiri daripada 200 pelajar sekolah rendah dan menengah serta 100 asnaf fakir miskin dari Kemaman dan Dungun.

Salah seorang penerima, Sabariah Sulong, 40, melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kerana terpilih menerima sumbangan pada tahun ini.

Nur Airis Insyirah teruja dan berterima kasih atas keprihatinan YDM menyantuni golongan yang memerlukan.

Menurutnya, bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan terutama bagi menyediakan kelengkapan hari raya.

“Sumbangan yang diberikan dapat membantu perbelanjaan membeli baju raya untuk anak-anak,” katanya.

Sementara itu, pelajar Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah, Nur Airis Insyirah Mohd Hazmi, 16, turut melahirkan rasa teruja dan berterima kasih kepada Yang Dipertuan Muda Terengganu atas keprihatinan baginda menyantuni golongan yang memerlukan.

-RI

Tinggalkan komen anda