
Laporan/foto: Akmar Zulkifli/Azhan Mahayuddin (Pahang)
KUANTAN, 15 Mac (MalaysiaAktif) – Sebanyak 30 pek juadah berbuka puasa diedarkan kepada anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Indera Mahkota sempena Program Juadah Ramadan MADANI: Apresiasi Barisan Hadapan yang disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Dato’ Ahmad Farhan Fauzi.

Ahmad Farhan sempat bertanya khabar dan beramah mesra dengan anggota bomba
Inisiatif Juadah Ramadan MADANI: Apresiasi Barisan Hadapan merupakan hasrat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menyediakan juadah berbuka puasa sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan jasa petugas-petugas barisan hadapan yang terus berkhidmat sepanjang bulan Ramadan.
Ketua BBP Indera Mahkota, Timbalan Penguasa Bomba II (TPgB II) Abdul Rahim Baharom, berkata pihak bomba amat berterima kasih atas sumbangan dan penghargaan yang diberikan kepada petugas barisan hadapan.
“Sumbangan juadah berbuka puasa ini sedikit sebanyak dapat membantu anggota bomba yang bertugas sehingga malam nanti,” katanya.
Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI dalam menghargai jasa dan pengorbanan barisan hadapan yang memastikan perkhidmatan penting kepada rakyat terus berjalan lancar.
-AA-





