Skip to main content
Berita TempatanSarawak

22 Peserta Jayakan Majlis Khatamal Al-Quran Balingian

By 15 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Matsukarmi Suani (Balingian)

BALINGIAN, 15 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 22 peserta menjayakan Majlis Khatamal Al-Quran yang berlangsung penuh keberkatan di Masjid Darul Taqwa Balingian sempena Majlis Nuzul Al-Quran dan Iftar Bersama pada Jumaat.

Program anjuran bersama Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Taqwa Balingian, Unit Saudara Kita (USK) Balingian, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Balingian dan Persatuan Generasi Melanau Balingian (PGMB) Balingian itu bertujuan mengeratkan silaturahim masyarakat serta mengimarahkan masjid sepanjang bulan Ramadan.

Para peserta dan tetamu menjayakan Majlis Khatamal Al-Quran di Masjid Darul Taqwa Balingian dalam suasana penuh keberkatan.

Pengerusi Masjid Darul Taqwa Balingian Ismail Shawal menyeru supaya mengambil peluang bulan Ramadan untuk memperbanyakkan membaca, memahami dan mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian.

“Marilah kita sama-sama mengambil peluang di bulan Ramadan yang mulia ini untuk memperbanyakkan membaca, memahami serta mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian kita,” katanya kelmarin.

Pada majlis sama, sebanyak 40 bakul makanan sumbangan Bank Rakyat Mukah diagihkan kepada golongan asnaf, manakala tazkirah Ramadan disampaikan Pegawai JAIS Mukah Norazman Abdullah.

-RJ-

Tinggalkan komen anda