
Laporan/foto: Norhayati Shamsu Anuar/Amirul Faisal Rostan (Gua Musang)
GUA MUSANG, 11 Mac (MalaysiaAktif) – Semangat kebersamaan dan perkongsian rezeki dalam bulan Ramadan dizahirkan menerusi penganjuran majlis iftar berkonsepkan potluck (juadah bawaan) melibatkan warga Bangunan Persekutuan Gua Musang, di sini kelmarin.

Shahabudin, berkata majlis tersebut menyemai nilai kerjasama serta sikap saling menghargai.
Majlis itu menghimpunkan kakitangan agensi dan jabatan kerajaan dengan setiap individu membawa pelbagai hidangan tradisional seperti nasi, lauk-pauk, kuih-muih dan pencuci mulut sekali gus memeriahkan suasana berbuka puasa.
Menurut Pegawai Belia dan Sukan merangkap Timbalan Pengerusi Bangunan Persekutuan Shahabudin Derahman, pendekatan juadah bawaan bukan sahaja memeriahkan majlis, malah menyemai nilai kerjasama serta sikap saling menghargai dalam kalangan warga jabatan.
“Program ini memberi peluang kepada semua kakitangan untuk menyumbang mengikut kemampuan masing-masing, sekali gus mewujudkan suasana lebih mesra dan harmoni,” katanya kepada Malaysia Aktif.

Iftar berkonsepkan juadah bawaan warga Bangunan Persekutuan Gua Musang.
Bagi menambah keselesaan, para jemputan membawa tikar sendiri dan duduk secara berkumpulan, sekali gus menggalakkan interaksi lebih rapat.
Penganjuran program ini dilihat berjaya mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan nilai kebersamaan dalam kalangan warga jabatan sepanjang bulan Ramadan.
-RI





