Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

MB Selangor Puji Inisiatif PRESMA Bantu Golongan Memerlukan

By 6 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 6 Mac (MalaysiaAktif) – Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari memuji usaha Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) yang aktif melaksanakan program kebajikan sepanjang Ramadan.

Beliau berkata inisiatif menyantuni anak yatim dan individu memerlukan sangat bertepatan dengan semangat muhasabah serta solidariti dalam memastikan pembangunan negeri dinikmati semua lapisan.

Amirudin memuji inisiatif PRESMA yang aktif melaksanakan program kebajikan sepanjang Ramadan tahun ini.

“Usaha ini amat bertepatan dengan semangat Ramadan untuk kita bermuhasabah dan memastikan pembangunan negeri dapat dinikmati oleh semua,” katanya ketika berucap pada Majlis Iftar dan Penyampaian Sumbangan Ramadan di Dewan Sri Siantan, di sini semalam.

Turut hadir Presiden PRESMA Datuk Mohammed Mosin Abduk Razak dan Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Selayang Shahman Jalaludin.

Ahli Parlimen Gombak itu menegaskan prinsip ‘Selangor Maju Bersama’ menjadi teras pentadbiran agar tiada rakyat tertinggal atau terlepas pandang daripada arus kemajuan ekonomi yang sedang pesat membangun.

“Amalan berkongsi rezeki melalui jamuan berbuka puasa merupakan tuntutan agama yang menjanjikan ganjaran besar, sekali gus menutup kekurangan dalam ibadah puasa seharian kita,” jelasnya.

Amirudin disambut mesra ahli PRESMA yang hadir di Majlis Iftar dan sumbangan Ramadan semalam.

Program PRESMA kali ini menyaksikan seramai 1,000 penerima mendapat manfaat melalui sumbangan bakul makanan serta duit raya bagi meringankan beban menjelang sambutan Aidilfitri nanti.

Beliau turut menyentuh kepentingan aspek ekonomi dalam Islam, di mana perintah menunaikan zakat sering menyusuli ibadah solat sebagai tanggungjawab sosial untuk memperkasakan kehidupan masyarakat.

Selangor menjadi lokasi tumpuan rangkaian restoran terbesar selain Pulau Pinang, memandangkan faktor kepadatan penduduk yang tinggi membantu merancakkan lagi pertumbuhan sektor makanan dan minuman.

-RI

Tinggalkan komen anda