
Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor)/PMJB
JOHOR BAHRU, 12 Mac (MalaysiaAktif) – Kehadiran seramai 80 pelajar Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) memeriahkan lagi Program Semarak Subuh peringkat negeri Johor yang berlangsung di Masjid Sultan Abu Bakar, di sini semalam.

Syazwan berkata program itu menyemarakkan budaya mengimarahkan masjid, memperkukuh jati diri belia melalui aktiviti keagamaan santai serta merapatkan ukhuwah antara mahasiswa dan pemimpin negeri
Program anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Southern Volunteers itu diserikan dengan keberangkatan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
Turut hadir mengiringi baginda ialah Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi.
Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) PMJB Syazwan Naqib Mohd Sharif berkata penyertaan dalam program tersebut memberikan pengalaman kerohanian yang sangat bermakna buat para pelajar dalam menyelami suasana ibadah bersama pemimpin.
“Program seperti ini membuka ruang kepada kami sebagai pelajar untuk lebih mendekati institusi masjid dan merasai sendiri suasana ibadah bersama barisan kepimpinan serta masyarakat setempat.

Program anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Southern Volunteers itu turut diserikan dengan keberangkatan Tunku Mahkota Ismail
“Ia secara tidak langsung memberi motivasi kepada golongan belia untuk terus mengimarahkan masjid, khususnya dalam mengejar keberkatan sepanjang bulan Ramadan ini,” katanya ketika ditemui selepas program tersebut.
Antara pengisian utama program termasuklah ibadah qiamullail, sahur bersama serta sesi tazkirah Subuh yang bertujuan memupuk nilai kerohanian dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat.
-AA-





