Skip to main content
Berita TempatanSarawak

PERKIM Limbang Agih Sumbangan Aidilfitri, Santuni Golongan Memerlukan

By 16 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sumardi Sugiman/Muhamad Rizal Sabtu (Limbang)

LIMBANG, 16 Mac (MalaysiaAktif) – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Limbang menganjurkan Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2026 di Masjid Baitul Iman sebagai usaha menyantuni golongan memerlukan.

Program yang berlangsung semalam itu merupakan inisiatif kebajikan bagi menceriakan sambutan Aidilfitri membabitkan anak yatim, orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail hadir menyempurnakan majlis serta menyampaikan sumbangan kepada para penerima.

“Ramadan bukan sekadar bulan ibadah tetapi juga platform terbaik untuk kita memperkukuh ukhuwah menerusi amalan berkongsi rezeki bersama golongan yang memerlukan,” katanya.

Abdul Rahman menjelaskan usaha tersebut bukan sahaja membantu meringankan beban kumpulan sasar malah menyemai budaya prihatin dan ihsan dalam kalangan masyarakat.

Hadir sama Pengerusi PERKIM Cawangan Limbang Datin Dayang Maimunah Awang Muhammad Daud.

-RJ-

Tinggalkan komen anda