Skip to main content
Berita TempatanSabah

Program Cahaya Ramadan YTM Ringankan Beban Golongan Memerlukan di Tuaran

By 10 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suhaila Batun/Fadzlee Ibrah (Tuaran)

TUARAN, 10 Mac (MalaysiaAktif) – Yayasan Telekom Malaysia (YTM) menyantuni golongan memerlukan melalui pengagihan zakat serta bakul makanan menerusi Program Cahaya Ramadan 2026 di Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz Tuaran (SRIAHT), di sini pada Sabtu.

Sahrimin menyerahkan sumbangan zakat kepada 13 institusi di daerah Tuaran.

Pengurus Besar Perniagaan Telekom Malaysia Sabah Sahrimin Mohd Iman berkata program itu turut memberi peluang kepada sukarelawan Telekom Malaysia (TM) melaksanakan aktiviti kebajikan sepanjang Ramadan.

“Program ini bertujuan menyantuni komuniti yang memerlukan termasuk golongan asnaf, anak yatim, keluarga B40, ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas.

“Program ini juga menjadi platform kepada sukarelawan TM Reaching Our Volunteers (TMROVers) untuk melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan sepanjang Ramadan,” katanya.

Program dengan kerjasama Telekom Malaysia Sabah itu melibatkan penyerahan 120 bakul makanan barangan asas bernilai RM80 setiap satu kepada golongan asnaf, keluarga B40, ibu tunggal serta penduduk setempat.

Juliati menerima sumbangan bakul makanan mewakili golongan ibu tunggal.

Penerima Juliati Pardi, 43, berkata bantuan bakul makanan yang diterima sedikit sebanyak membantu meringankan perbelanjaan keluarganya.

“Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan dan diperluaskan kepada lebih ramai penerima yang layak,” katanya.

Bantuan zakat turut disalurkan kepada beberapa institusi pendidikan, sekolah menengah, masjid serta surau termasuk melibatkan 70 pelajar asnaf dari sekolah menengah kebangsaan dan pelajar Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Sekolah Agama Negeri (SAN) Tambalang, Tuaran.

-RJ-

Tinggalkan komen anda