
Laporan/foto: Senaying Ahud (Hulu Perak)
GERIK, 5 Mac (MalaysiaAktif) – Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa sempena Ramadan 1447H di Masjid Al-Amin, Kampung Tawai, di sini kelmarin.

Keberangkatan tiba Raja Di-Hilir Perak disambut dengan penuh hormat oleh rakyat jelata.
Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar Dato’ Seri Saarani Mohamad bersama barisan kepimpinan negeri, ketua-ketua jabatan daerah serta penduduk setempat.
Majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah sebelum baginda meluangkan masa menikmati juadah berbuka puasa bersama rakyat dalam suasana penuh ukhuwah.
Pengerusi Masjid Al-Amin Muhammad Abd Wahab, 54, menzahirkan rasa syukur dan penghargaan atas kesudian baginda mencemar duli ke kariah tersebut.

Pengerusi Masjid Al-Amin, Kampung Tawai.
“Kami amat berbesar hati dan bersyukur atas limpah perkenan Tuanku serta kehadiran para tetamu.
“Semoga segala amal ibadah yang dilaksanakan sepanjang Ramadan ini diberkati Allah SWT,” katanya.
Program seumpama ini bukan sahaja menyemarakkan penghayatan Ramadan malah memperkukuh hubungan silaturahim antara institusi diraja, kepimpinan negeri dan masyarakat setempat.
-RI






