Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Semangat Ramadan Disemarakkan Melalui Tadarus dan Khatam Al-Quran di Rompin

By 19 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Erzufariza Z (Rompin)/PAID Rompin

ROMPIN, 19 Mac (MalaysiaAktif) – Program Tadarus dan Khatam Al-Quran sempena Ihya Ramadan 2026 anjuran Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Rompin berjaya dilaksanakan dengan penuh penghayatan, sekali gus menyemarakkan lagi suasana ibadah dalam kalangan warga pejabat dan peserta sepanjang bulan mulia ini.

Al Fadhil Qadhi Daerah Rompin membacakan doa khatam Quran memohon agar segala amalan yang dilaksanakan sepanjang Ramadan diterima serta dikurniakan rahmat dan keampunan oleh Allah

Program yang berlangsung sepanjang Ramadan itu melabuhkan tirainya dengan majlis khatam al-Quran yang diadakan dalam suasana khusyuk dan penuh keberkatan, semalam.

Kemuncak majlis diserikan dengan bacaan Doa Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Rompin, Bunyamin Abdul Ghani, yang memohon agar segala amalan yang dilaksanakan sepanjang Ramadan diterima serta dikurniakan rahmat dan keampunan oleh Allah.

Menurut Bunyamin, penganjuran program seumpama itu bukan sahaja menggalakkan pembacaan al-Quran secara berterusan, malah menjadi medium penting dalam membentuk sahsiah dan memperkukuh ukhuwah sesama umat Islam.

“Program tadarus dan khatam al-Quran ini wajar dijadikan amalan berterusan, bukan sahaja pada bulan Ramadan tetapi juga dalam kehidupan seharian agar kita sentiasa dekat dengan kalam Allah.

“Penglibatan aktif peserta mencerminkan kesedaran tinggi masyarakat terhadap kepentingan mengimarahkan bulan Ramadan dengan amalan yang bermanfaat,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif selepas majlis tersebut.

-AA-

Tinggalkan komen anda