Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Zulkefly Santuni Akar Umbi Kuala Selangor

By 15 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Shahrizal Ismail (Kuala Selangor)

KUALA SELANGOR, 15 Mac (MalaysiaAktif) – Komuniti Kuala Selangor diingatkan untuk tidak mengabaikan aspek penjagaan kesihatan di bulan Ramadan.

Ahli Parlimennya yang juga Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata ramadan bukan sekadar bulan ibadah tetapi masa terbaik untuk masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat.

“Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa komited memastikan akses perkhidmatan kesihatan di Kuala Selangor terus diperkasa selaras agenda Malaysia MADANI,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada 100 kepimpinan setempat yang hadir pada Majlis Iftar Ramadan di sini, semalam.

Program tahunan itu bukan sekadar platform berbuka puasa malah menjadi ruang santai untuk mendengar sendiri denyut nadi dan aspirasi warga Kuala Selangor.

Dzulkefly turut menyampaikan sumbangan bakul makanan dan duit raya kepada Ahli-ahli Majlis, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Ketua-ketua kampung sekitar mukim Kuala Selangor.

Seorang penerima, Ahmad Zulkifli, 65, menyifatkan kehadiran Zulkefly sebagai bukti komitmen beliau yang tidak melupakan akar umbi walaupun sibuk dengan tugasan di peringkat kementerian.

“Kehadiran menteri ke sini menunjukkan beliau tidak melupakan kami. Sumbangan ini sangat bermakna sebagai persiapan menyambut Aidilfitri,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda