Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

MASISUPA Lahirkan Pelajar Seimbang Akademik, Kokurikulum

By 27 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)

PEKAN, 27 April (MalaysiaAktif) – Penganjuran Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah-Sekolah Agama Pahang (MASISUPA) penting dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kokurikulum, selaras dengan aspirasi pembangunan pendidikan negeri Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata selain mencungkil bakat pelajar dalam bidang sukan, ia turut memperkukuh aspek intelektual serta sahsiah diri dalam kalangan generasi muda.

“Usaha berterusan perlu dipergiatkan bagi memastikan pelajar sekolah agama terus cemerlang dan mampu bersaing di peringkat lebih tinggi,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan MASISUPA Kali Ke-42 mewakili Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Dewan Ibnu Sina, Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah (SMATAF), di sini, semalam.

MASISUPA Kali Ke-42 melabuhkan tirainya dalam suasana penuh meriah, menghimpunkan pelajar dari seluruh sekolah agama negeri Pahang yang mengambil bahagian dalam pelbagai acara sukan dan pertandingan ilmiah sekali gus mengeratkan ukhuwah serta menyemarakkan semangat kesukanan.

-AA-

Tinggalkan komen anda