
Laporan/foto: Abd Muiz/Sunito Ngah Man (Cameron Highlands)
CAMERON HIGHLANDS, 27 April (MalaysiaAktif) – Seramai 128 pasukan dari perkampungan Orang Asli seluruh negara menyertai Pertandingan Bola Sepak Piala YB Dato’ Dr. Ramli Tahun 2026, di sini kelmarin.
Pertandingan anjuran Ramli yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands merangkap Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu bermatlamat mendekatkan masyarakat setempat, khususnya komuniti Orang Asli.
“Selaku penganjur, saya berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan sokongan pelbagai pihak bagi memastikan pembangunan komuniti Orang Asli terus diperkasa,” katanya pada program berkenaan.
Menurut seorang peserta Azmi Lan, 27, pertandingan itu memberi peluang kepada mereka untuk berkumpul dan beriadah secara sihat di samping mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Orang Asli.
“Pertandingan ini bukan sahaja berjaya mencungkil bakat sukan, malah menjadi medium penting dalam menyatukan masyarakat serta memupuk gaya hidup aktif dan sihat,” katanya.
-AA-





