
Laporan/foto: Salleh Immun (Mukah)/IPD Mukah
MUKAH, 23 April (MalaysiaAktif) – Seorang pekerja kuari ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah di kawasan rumah pekerja sebuah syarikat kuari, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan kira-kira 11.50 pagi setelah pemeriksaan di lokasi menemukan 0.43 gram dadah disyaki jenis methamphetamine dalam milikannya dipercayai untuk kegunaan sendiri.
“Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.
“Suspek dengan tiga rekod lampau berkait kesalahan dadah direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.
-FN






